Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan mereka yang telah menghadiri 'Ijtimak Tabligh7 di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur dari 27 Februari 2020

hingga 1 Mac 2020, segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19. Sila hubungi CPRC hotline 03-88810200/ 03-

88810600, 03-88810700 atau Pejabat Kesihatan Daerah.

Pada setiap awal persekolah, pihak kementerian kesihatan pergigian akan menjalankan aktiviti dan taklimat kepada murid-murid berkenaan dengan penjaan gigi. pihak klinik kesihatan pergigian akan hadir ke sekolah untuk membuat pemeriksaan gigi semua murid-murid termasuk pelajar Pra Sekolah. murid-murid diarahkan untuk membawa cawan dan berus gigi untuk mengikuti sesi mengosok gigi dengan cara yang betul. jururawat juga akan membuat cabutan dan tampalan gigi bagi murid-murid yang mempunyai masalah gigi berlubang.

rg rg12

Coronavairus COV ialah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-COV dan SARS-COV. Virus Novel Corona (2019-nCoV) yang telah menjangkiti ramai di serata dunia. Berikut adalah langkah-langkah mengurangkan risiko jangkitan pada peringkat awal:
 
1. Tutup mulut dan hidung menggunakan 'face mask' apabila berhubung/berurusan dengan orang lain.
 
2. Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
 
3. Pastikan menjaga kebersihan diri sepanjang masa.
 
4. Memastikan pengguna yang berkunjung adalah sihat dan maklumkan cara pencegahan kepada mereka disamping berkongsi maklumat kesihatan.
 
Dalam masa yang sama juga digalakkan untuk mengikuti isu ini bagi menambah baik cara pencegahan. Bagi yang ada melawat keluar negara dalam masa berlakunya virus ini, di nasihatkan untuk menjalankan saringan kesihatan di mana-masa Hospital/Klinik yang terdekat.
 
langkah-langkah melindungi diri - convid19

Pada 4 januari 2020, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar berkaitan situasi jangkitan influenza di malaysia, dimana telah mendapat sedikit peningkatan kes influenza like-illness (ILI) dan severeacute respiratory infection(SARI0 di beberapa lokasi sentinel di seluruh negara semenjak pertengahan bulan disember 2019. oleh yang demikian, pihak jabatan perubatan kecemasan ingin meningkatkan kesedaran kepada semua kakitangan untuk berwaspada dan perihatin tentang gejala-gejala penyakit ini seperti demam,batuk,muntah-muntah,cirit-birit dan terutamanya sawan serta kecelaruan.

virus influenza