KKM mula melaksanakan pemberian vaksin pneumokokal dalam program imunisasi kebangsaan sejak 1 Disember 2020 bagi kanak-kanak yang lahir bermula 1 januari 2020. Dr Zaliha berkata KKM menyasarkan 700,000 atau 70 peratus daripada satu juta kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019 untuk diberikan vaksin pneumokokal dalam tempoh setahun itu. Di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk bayi dan kanak-kanak, terdapat 11 jenis produk vaksin diberikan untuk mencegah 13 penyakit cegahan vaksin iaitu Tuberkulosis, Hepatitis B, Difteria, Tetanus (kancing gigi), Pertussis (batuk kokol), Haemophilus influenza type B, polio, measles (campak), mumps (beguk) dan rubella.

Vaksin Pneumokokal percuma untuk kanak-kanak 4&5 tahun bermula 1 jun 2023 sehingga 31 mei 2024. kanak-kanak berusia empat dan lima tahun boleh mendapatkan imunisasi pneumokokal secara percuma di semua fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan (KKM). Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ia adalah program perluasan pemberian imunisasi pneumokokal. kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019 tidak termasuk dalam kumpulan sasaran pemberian vaksin pneumokokal di bawah program imunisasi kebangsaan.

Pneumoniae vaksin-pneumokokal-percuma-kkm-2023-300x300