Sempena bulan ramadhan yang menjelang wanita-wanita terutamanya tidak melepaskan peluang untuk menjalankan majlis agama iaitu Tadarus Al-Quran yang memang menjadi rutin tahunan. golongan ini akan berkumpul beramai-ramai dirumah yang dipilih atau di masjid untuk menjalakan majlis ini. kebiasaanya kumpulan ini akan mengambil masa 4 ke 5 hari untuk menghabiskan 30 juzuk Quran. Daripada jumlah yang ramai, peserta akan dibahagikan kepada kumpulan yang kecil iaitu antara 3 ke 4 orang dalam 1 kumpulan.