Gerakan Persatuan Wanita Felda jenderak Utara telah mengadakan satu pertandingan keceriaan papan blok di dalam Rancangan Felda Jenderak Utara. pertandingan ini bagi menaikan semagat warga dan komuniti Felda Jenderak Utara bagi membersih dan menceriakan lagi kawasan blok dan papan blok masing-masing bagi persediaan AKKR akan datang. Sebanyak 24 blok di dalam rancangan Felda Jenderak Utara yang terdiri daripada 2300 orang penduduk yang menetap di dalam Rancangan.

3fe3788e-f397-485b-a497-52569b920501 b050a41f-3297-478e-a6f2-1de518298f49

Persatuan Wanita Felda Jenderak Utara dengan kerjasama persatuan ibu tunggal dan Pusat Ekonomi Digital Felda Jenderak Utara telah mengadakan satu program ilmu kifayah iaitu pengurusan jenazah dan majlis bacaan yassin. Program ini bagi melatih dan mencari pelapih dari kalangan orang muda untuk menguruskan jenazah pada masa akan datang. memandangkan penerokawati sudah ramai yang uzur dan tidak berdaya lagi untuk membuat pengurusan jenazah maka satu inisiatif telah dirangka dan di jalankan bagi memastikan ada pelapih pada masa akan datang. Seramai 25 orang telah menyertai majlis ini.

Pihak FELDA Wilayah Mempaga telah hadir ke FELDA Jenderak Utara bagi menilai keceriaan kawasan Rancangan Felda Jenderak Utara bagi tahun 2022. penilaian ini melibatkan 36 rancangan di dalam Wilayah Mempaga. kateria yang di nilai adalah dari segi kebersihan, keceriaan kawasan Rancangan, sosial ekonomi dan keseragaman. 

Gerakan Persatu Wanita Telah menjalankan majlis bacaan yassin di rumah petugas Pusat Ekonomi Digital Felda Jenderak Utara yang baru berpindah ke rumah baru iaitu puan Nurulhuda. seramai 35 orang telah menghadiri majlis bacaan yassin tersebut.