Persatuan Wanita Felda Jenderak Utara dengan kerjasama persatuan ibu tunggal dan Pusat Ekonomi Digital Felda Jenderak Utara telah mengadakan satu program ilmu kifayah iaitu pengurusan jenazah dan majlis bacaan yassin. Program ini bagi melatih dan mencari pelapih dari kalangan orang muda untuk menguruskan jenazah pada masa akan datang. memandangkan penerokawati sudah ramai yang uzur dan tidak berdaya lagi untuk membuat pengurusan jenazah maka satu inisiatif telah dirangka dan di jalankan bagi memastikan ada pelapih pada masa akan datang. Seramai 25 orang telah menyertai majlis ini.