Pihak pengurusan Felda Jenderak Utara akan membuka pencalonan baru bgi ketua-ketua blok GPW dan ketua blok JKKR bagi tahun 2022. dari senarai pencalonan tersebut, tiga nama akan diangkat untuk dimasukana ke dalam system google form bagi pengundian dijalankan. pegawai Felda akan hadir ke rumah masing-masing (mengikut blok dan zon) bagi menjalankan sesi pengundian secara online (Google Form) bagi pemilihan ketua blok jkkr dan ketua blok gpw sesi 2022-2023 bermula hari rabu 20 oktober 2021

📌 ZON 1 👉🏻 BLOK 1,2,12,23,24
📌 ZON 2 👉🏻 BLOK 3,4,5,6,7
📌 ZON 3 👉🏻 BLOK 8,9,10,11
📌 ZON 4 👉🏻BLOK 13,14,15,16,17
📌 ZON 5 👉🏻BLOK 18,19, 20,21,22

 

Penyerahan bakul rezeki telah dijalankan dan berjalan dengan lancar. seramai 250 penerima telah mendapat bakul rezeki. pemilihan bakul rezeki ini adalah dari senarai nama ahli blok yang diberikan oleh ketua-ketua blok masing-masing. terdapat 24 blok di dalam rancangan Felda Jenderak Utara. kepada penduduk dan komuniti yang tercicir dan rasa terjejas, boleh datang ke pejabat Felda atau hubungi pemimpin setempat untuk diberi bakul rezeki.

Satu taklimat sesi libat urus bagi program pembangunan peneroka (PPP) bersama Wilayah Mempaga pada 15 september 2021 di Wisma JKKR Felda Jenderak Utara. taklimat tersebut telah di sampaikan oleh En.Faleni pegawai Felda Jenderak Utara. Pihak Felda telah memperkenalkan satu gran pembangunan peneroka bagi ternakan, pertanian dan kulinari. setiap peneroka akan diberi RM2000 setiap sorang bagi menjalankan projek secara individu atau berkelompok. 

Ketua Peneroka haji Mohd salim Bin Muda telah menghantar bantuan kepada komuniti yang telah dikuarantin bagi kontak rapat dengan pesakit covid-19. Bantuan adalah berbentuk makanan basah dan kering yang telah disumbangkan oleh Ahli Parlimen Kuala Krau dan ADUN Kawasan Jenderak. 

 gamabar bantuan gamabar bantuan 1