Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran JKKR Felda Jenderak Utara telah di adakan di Masjid Felda jenderak Utara. seramai 15 orang anak-anak yatim bersama keluarga telah dijemput bagi menerima duit sumbangan bagi menyambut hari raya Aidilfitri. Antara kategori anak yatim yang layak menerima sumbangan adalah yang berumur 1 hari sehingga 15 tahun. Sumbangan berbentuk Wang tunai yang telah di sumbangkan oleh penduduk rancangan Felda Jenderak Utara. Dengan adanya sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban bagi persiapan menyambut hari raya aidilfitri.