Ketua Peneroka dan Pengurus Felda Jenderak Utara mengagihkan sumbangan makanan keperluan asas untuk komuniti setempat yang memerlukan. Sumbangan tersebut adalah sumbangan daripada ahli Parlimen, ADUN Jenderak, Menteri Besar Pahang, FELDA, JKKR, PAS, Masjid dan NGO serta perseorangan. bantuan tersebut telah di agihkan secara berperingkat-peringkat.

7d81b62d-adc4-48c1-b040-73b39c799a4c  e561f8b8-486e-4720-970d-713d6df1600f

Pada mesyuarat kali ini, ahlijawatankuasa JKKR yang terdiri daripada ketua-ketua blok lelaki telah memutuskan untuk menderma dan sumbangan kipas angin kepada masjid Felda Jenderak Utara. sumbangan ini adalah untuk memberi keselesaan kepada jemaah masjid yang menjalankan ibadah solat pada setiap hari terutamanya bagi ibadah solat jumaat. didalam mesyuarat itu juga telah membincangkan berkenaan dengan get keselamatan yang terletak di sempadan Kuala Krau dan Felda Jenderak Utara. Pengurus Felda En. Mohamad Fazeli Bin Ibrahim telah memberi teguran berkenaan dengan sampah-sampah yang dibuang oleh penguna kenderaan di tepi bahu jalan utama masuk ke Felda Jenderak Utara.

 

Mesyuarat JKKR pada umumnya akan di jalankan pada setiap bulan sepanjang tahun bagi membincangkan permasalahan di dalam rancangan samaada dari segi sosial mahupun ekonomi. Perkara yang paling hagat di bincangkan di dalam mesyuarat pada bulan ini adalah masalah ekonomi dan pendapatan isi rumah penoroka yang semakin meruncing. ramai peneroka dan generasi ke 2 rancangan menghadapi kesukaran bagi kos sara hidup keluarga masing-masing. dengan kejatuhan harga sawet dan getah serta hasil sawet yang berkurangan membuatkan banyak bayaran dan pemotongan hutang tergendala. tambahan lagi dengan kenaikan harga barang yang semakin meningkat dan menjadi-jadi juga menjadikan peneroka di bebani masalah sara hidup. perbincangan dan cadangan telah di buat tetapi tiada jalan penyelesaian dan jalan keluar dari permasalahan ini yang dapat di capai. 

IMG 20190621 152748 HDR   IMG 20190621 152835 HDR

Mesyuarat JKKR kali ini adalah penutup bagi tahun 2019. terdapat pelbagai isu yang masih tidak dapat di selesaikan dan di laksanakan. bagi tahun 2020 lagi mencabar dan lebih banyak permasalahan peneroka yang harus di tangani. isu-isu pendapatan dan sara hidup yang agak meruncin adalah topik paling hangat yang di utarakan di dalam mesyuarat kali ini. walau bagaimanapun permasalahan ini tidak ada jalan keluar selagi pengeluaran buah kelapa sawet di tahap sekarang. tiada hasil dari ladang dan harga sawet yang agak rendah semenjak kebelakangan ini membuatkan pendapatan peneroka menjadi hampir sifar dan para miskin tegar.

IMG-20200127-WA0000  IMG-20200127-WA0001

Satu majlis perarakan maulidul rasul peringkat rancangan Felda Jenderak Utara telah di adakan pada 18 November 2019. semua peserta di minta berkumpul di perkarangan masjid Felda Jenderak Utara. antara aktiviti yang dijalankan selain perarakan ialah, pertandingan spanduk paling kreatif, penyampaian hadiah blok tercantik dan tebersih serta ceramah sempena maulud nabi. Antara badan-badan yang terlibat ialah MBFM, Masjid, sekolah Rendah, Sekolah SAR KAFA, GPW, Pengurusan Felda, Muslimat PAS, Sekolah Tabika Kemas dan Pra Pasti Darul Ridzuan. seramai lebih kurang 500 orang telah menyertai perarakan ini.

2  3