JKKR Felda Jenderak Utara telah menganjurkan program perarakan maulidul rasul sempena hari sambutan Maulidul rasul. seramai 130 orang telah menyertai perarakan maulidul rasul ini. Semua persatuan dan badan-badan dalam Jenderak Utara telah di jemput untuk bersama-sama di dalam majlis ini. Antara badan-badan yang turut serta bagi perarakan ini ialah GPW, MBFM, Masjid, Tabika Kemas, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Kebangsaan Jenderak Utara, Pejabat Felda dan KRT.