Mesyuarat khas AJK dan biro-biro JKKR telah di jalankan dan seramai 12 orang yang telah menghadirkan diri. yang telah hadir ialah pengurus Felda, Pengerusi masjid, Koperasi, GPW, Belia dan KAF. Antara perkara berbangkit ialah masalah pkok besar di tepi jalan. banyak aktiviti-aktivi dan program yang telah di bincangkan bagi perlaksanaan di dalam bulan ramadhan. penyerahan senarai nama bakal haji dan anak yatim juga telah di jalankan. 

 

Pihak pengurusan Felda dengan kerjasama JKKR dan GPW telah mengadakan satu program ceramah faraidh dan pengurusan harta pusaka pada 17 April 2019 di wisma JKKR. sasaran utama program ini adalah kepada waris peneroka yang belum menyelesaikan proses perwarisan harta. semua golongan dan komuniti setempat juga sangat dialu-alukan untuk hadir bersama-sama bagi mendapat dan menambah ilmu pengetahuan mengenai ilmu Faraidh dan pengurusan harta pusaka. seramai 200 orang telah hadir mendengar penjelasan berkenaan pengurusan harta pusaka.

Pada setiap tahun, perarakan maulidulrasul dan ceramah sempena penghijrahan nabi akan di adakan. semua penduduk dan ketua-ketua komuniti dijemput untuk bersama-sama bagi memeriahkan majlis tersebut. pada tahun 2018 ini, seramai 367 orang peserta perarakan telah bersama-sama berselawat keatas nabi S.A.W sambil berarak membawa sepanduk masing-masing di sepanjang jalan utama di kawasan Rancangan Felda Jenderak Utara. Pelajar-pelajar sekolah SAR KAFA Felda Jenderak Utara juga turut besama ibu bapa masing-masing. selepas acara perarakan semua peserta dijemput ke masjid untuk mendengar ceramah dan persembahan nasyid dari pelajar sekolah SAR KAFA.

Mesyuarat bulanan JKKR telah di adakan di Wisma Peneroka Felda Jenderak Utara. seramai 35 orang telah dijemput. semua ketua-ketua blok lelaki yang terdiri daripada peneroka-peneroka felda telah menghadiri mesyuarat. setiap ketua blok telah mengutarakan masalah-masalah ahli blok masing-masing dan isu-isu semasa yang di bangkitkan oleh peneroka-peneroka terutama isu bayaran hasil sawet dan isu hutang. pihak pengurusan dan pengerusi JKKR memberikan maklumat dan penjelasan berkenaan isu-isu semasa dan akan menyelesaikan masalah-masalah terpencil di dalam blok.

  

Seperti biasa mesyuarat JKKR akan diadakan pada setiap bulan. pada bulan ini mesyuarat JKKR di hadiri oleh ketua-ketua blok lelaki yang baru dilantik pada bulan september baru-baru ini dan pengerusi GPW yang baru iaitu Puan Siti Khadijah Binti Abdullah. Banyak perkara-perkara berbangkit diutarakan terutama berkenaan kebersihan kawasan rancangan yang semakin kurang menyenangkan dan gejala sosial yang semakin membimbangkan.