Program gotong-royong bagi membersih dan menceriakan kawasan masjid Felda Jenderak Utara telah dijalankan pada hari ini bagi membuat persediaan untuk pertandingan masjid dalam Wilayah Mempaga.    

JKKR Felda jenderak Utara telah mengadakan mesyuarat pada 20 september 2019 di Wisma JKKR. pengerusi JKKR En. Mohd Fazeli Bin Ibrahim telah menekankan permasalahan perwarisan yang masih belum selesai seramai 85 keluarga. selain itu juga pembentangan aktiviti-aktiviti bulanan bagi JKKR juga telah dibentang. terdapat banyak permasalah yang telah di ajukan dan di bincangkan bersama bagi mendapat kata sepakat bagi penyelesaian isu-isu berbangkit dari blok masing-masing.

   

 

Mesyuarat bulanan bagi JKKR Felda Jenderak Utara telah di jalankan pada 18 julai 2019 di Wisma JKKR Felda Jenderak Utara. isu utama bagi mesyuarat kali ini adalah berkenaan keceriaan kampung dan kawalan keselamatan yang harus di pergiatkan. selain itu juga Pengerusi JKKR En. Mohamad fazeli bin Ibrahim membentangkan kertas putih dan isu-isu berkenaan dengan masalah Peneroka dan FELDA. pada tahun ini saham koperasi telah di istiharkan sebanyak 7% sahaja berbanding tahun lepas kadar dividen sebanyak 10%. pembayaran dividen akan dibuat pada 19hb julai 2019.

Mesyuarat JKKR Felda Jenderak Utara telah dijalankan dan kehadiran mesyuarat seramai 35 orang. banyak isu-isu semasa dan isu-isu berbangkit yang telah dibentangkan dan dibincangkan bersama. isu-isu tempatan adalah diantara isu yang paling banyak dikemukakan dan masih belum dapat diselesaikan. isu tempatan yang paling populer dan sentiasa di bahaskan di dalam mesyuarat ialah isu lembu-lembu yang berkeliaran di dalam rancangan. isu pembuangan sampah di tepi jalan besar dan ajalan utama juga turut diutarakan.

 

  Mesyuarat bulanan JKKR telah dijalankan pada 21 Jun 2019 bertempat di wisma JKKR Felda Jenderak Utara. seramai 35 orang telah menghadiri mesyuarat tersebut. 24 terdiri daripada ketua-ketua blok lelaki, pengerusi Belia, Pengerusi GPW, Pengerusi Masjid, Pengurus Pusat Internet, Wakil KAF (kami anak Felda) dan Pengerusi Koperasi. antara agenda yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah berkenaan majlis jamuan hari raya Felda Jenderak Utara yang akan di adakan pada 25 Jun 2019 di perkarangan Wisma Felda Jenderak Utara. selain itu isu-isu berkenaan keceriaan kampung dan isu-isu hutang dan harta pusaka juga turut dibangkitkan.