JKKR Felda Jenderak Utara telah menganjurkan program perarakan maulidul rasul sempena hari sambutan Maulidul rasul. seramai 130 orang telah menyertai perarakan maulidul rasul ini. Semua persatuan dan badan-badan dalam Jenderak Utara telah di jemput untuk bersama-sama di dalam majlis ini. Antara badan-badan yang turut serta bagi perarakan ini ialah GPW, MBFM, Masjid, Tabika Kemas, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Kebangsaan Jenderak Utara, Pejabat Felda dan KRT.

Program mengacau bubur asyura perdana telah di anjurkan oleh Pejabat FELDA, Technoplant, JKKR, GPW dan semua badan-badan dalam Rancangan Felda Jenderak Utara seperti KRT, Tabika Kemas, Klinik, D'mart, Pesatuan penjual Kedai Mara, Masjid, Sekolah agama SAR KAFA dan MBFM. Program ini dijalankan bagi meraikan bulan maalhijrah. sebanyak 7 kawah asyuara telah selesai di agihkan kepada semua warga Felda Jenderak Utara. 

Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran JKKR Felda Jenderak Utara telah di adakan di Masjid Felda jenderak Utara. seramai 15 orang anak-anak yatim bersama keluarga telah dijemput bagi menerima duit sumbangan bagi menyambut hari raya Aidilfitri. Antara kategori anak yatim yang layak menerima sumbangan adalah yang berumur 1 hari sehingga 15 tahun. Sumbangan berbentuk Wang tunai yang telah di sumbangkan oleh penduduk rancangan Felda Jenderak Utara. Dengan adanya sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban bagi persiapan menyambut hari raya aidilfitri.

Program penyampaian bantuan bagi asnaf dan ibu tunggal Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan telah di adakan di Dewan JKKR Felda Jenderak Utara. seramai 43 orang penerima telah hadir dan menerima bantuan berbentuk barang makanan. Barang bantuan telah di serah oleh Pengurus Technoplant Felda jenderak Utara En. Mohamad Sofahmi. 

Mesyuarat gabungan JKKR dengan GPW telah di adakan pada bulan ini. mesyuarat gabungan ini jarang dijalankan. kebiasaanya apabila mempunyai sesuatu isu besar dan berkait rapat dengan permasalah peneroka dan rancangan. semua ketua-ketua blok lelaki dan perempuan di panggil untuk bersama-sama bagi memperjelaskan isu semasa dan mendapat kata putus bagi penyelesaian sesuatu masalah di dalam rancangan. seramai 50 orang telah menghadirkan diri. Jawatankuasa Kawasan Rancangan (JKKR) juga mengadakan Majlis Perpisahan En Hafizi Bin Ghozali Pegawai FELDA Jenderak Utara yang telah berhidmat di Rancangan Felda Jenderak Utara lebih 10 tahun. be.iau akan berpindah ke Tembangau Bera Pahang. Majlis telah di adakan di Wisma JKKR Felda Jenderak Utara bagi meraikan dan mengenang jasa beliau sepanjang berkhidmat dengan masyarakat di Felda Jenderak Utara. Semua mantan-mantan dan ketua blok yang baru telah dijemput bersama.