Pengurusan Pejabat FELDA  Felda Jenderak Utara, JKKR dan GPW mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf di dalam Rancangan Felda Jenderak Utara. seramai 150 orang telah hadir bersama-sama meraikan anak-anak yatim. seramai 15 orang anak yatim telah menerima duit raya hasil dari sumbangan komuniti setempat. Barangan berupa makanan juga telah diberikan kepada Asnaf yang telah di senaraikan. Sebelum Majlis berbuka puasa Imam Masjid Encik Amirullah memimpin bacaan tahlil. turut hadir bersama Yang Berhormat Dato Rodzuan Bin Zaabar ADN Kawasan Jenderak.