Mesyuarat JKKR Felda Jenderak Utara bulan ini banyak membicarakan berkenaan keceriaan kampung dan mesyuarat-mesyuarat blok bagi perlantikan baru ketua-ketua blok lelaki dan wanita. Terdapat banyak isu-isu berkenaan gejala-gejala sosial di kalangan oraang muda mahupun org tua. Dengan kata sepakat dan perbincangan di dalam mesyuarat, banyak perkara yang dapat di atasi dan di ketengahkan. terdapat juga isu-isu harga sawet dan kecurian sawet di utarakan oleh ketua-ketua blok.

    

Pada setiap bulan mesyuarat JKKR akan di jalankan bagi membincangkan dan menyelesaikan permasalahan peneroka-peneroka dan penduduk setempat. selain itu juga ia menjadi satu platfom untuk membuat hebahan bagi aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan oleh komuniti. selain itu juga pihak pengurusan akan menyalurkan maklumat berkaitan dengan Felda dan pengurusan atasan bagi membolehkan setiap arahan dilaksanakan dengan baik dan berjaya. seramai 25 orang ketua blok lelali, ketua GPw, Ketua Belia, Masjid, Pengerusi koperasi, sekolah dan klinik turut hadir bersama-sama dalam mesyuarat JKKr pada setiap bulan.

Satu majlis penyampaian sumbangan kepada angota tentera malaysia yang berusaha secara bergotong-royong membina semula rumah peneroka En. Abdullah Bin Awang yang terbakar pada 6 bulan lepas. Yb dato Sri Hj. Ismail Bin Haji Mohamed Said Ahli Parlimen Kuala Krau, Yb Dato Sri hj Mohamed Bin Jaafar Adun Jenderak, En.Fazeli Bin Ibrahim Pengurus Felda dan En. Salim Bin Muda ketua peneroka Felda Jenderak Utara telah mencari dana dan memberi sumbangan bagi menyiapkan rumah en. Abdullah. Pembinaan rumah baru ini dibina melalui program NBOS yang diusahakan oleh Yb Dato sri Hj Ismail.

 

 

Satu program ziarah kasih Felda Jenderak Utara bersama Pejabat Penerangan Daerah Temerloh, Dato Sri Hj Mohamed Bin Hj Jaafar dan Dato Sri Hj Ismail Bin Hj Mohamed Said telah dijalankan dengan jayanya. program ziarah kasih ini telah dijalankan semenjak tahun 2015 lagi, setiap bulan terdapat 10 rumah yang akan di ziarahi bagi meringankan beban dan mengziarahi warga felda yang sakit terlantar mahupun anak yatim dan ibu tunggal. selain itu juga, program ziarah ibu muda yang baru melahirkan anak juga sering dijalankan bagi memperingati dan memberi suntikan semagat kepada ibu-ibu yang berada di dlam tempoh berpantang.

Program kenduri riuh sekampung di anjurkan oleh PDM Felda Jenderak Utara dengan kerjasama JKKR, GPW, BELIA dan PI1M Felda Jenderak Utara. program ini melibatkan seramai 300 orang komuniti. aktiviti utama ialah memasak makanan untu di jamu pada tengah hari disamping itu terdapat pelbagai acara yang disediakan. selain itu juga banyak hadiah-hadiah yang disediakan termasuk hadiah bagi cabutan bertuah.

Semua golongan menyertai program ini iaitu golongan warga emas, belia, lepasan sekolah, pelajar sek ren dan men serta badan-badan NGO. program seperti ini amat menarik minat penduduk setempat dan harus selalu diadakan bagi mengeratkan hubungan siratulrahim diantara penduduk.