Mesyuarat gabungan JKKR dengan GPW telah di adakan pada bulan ini. mesyuarat gabungan ini jarang dijalankan. kebiasaanya apabila mempunyai sesuatu isu besar dan berkait rapat dengan permasalah peneroka dan rancangan. semua ketua-ketua blok lelaki dan perempuan di panggil untuk bersama-sama bagi memperjelaskan isu semasa dan mendapat kata putus bagi penyelesaian sesuatu masalah di dalam rancangan. seramai 50 orang telah menghadirkan diri. Jawatankuasa Kawasan Rancangan (JKKR) juga mengadakan Majlis Perpisahan En Hafizi Bin Ghozali Pegawai FELDA Jenderak Utara yang telah berhidmat di Rancangan Felda Jenderak Utara lebih 10 tahun. be.iau akan berpindah ke Tembangau Bera Pahang. Majlis telah di adakan di Wisma JKKR Felda Jenderak Utara bagi meraikan dan mengenang jasa beliau sepanjang berkhidmat dengan masyarakat di Felda Jenderak Utara. Semua mantan-mantan dan ketua blok yang baru telah dijemput bersama.