Pihak pengurusan Felda dengan kerjasama JKKR dan GPW telah mengadakan satu program ceramah faraidh dan pengurusan harta pusaka pada 17 April 2019 di wisma JKKR. sasaran utama program ini adalah kepada waris peneroka yang belum menyelesaikan proses perwarisan harta. semua golongan dan komuniti setempat juga sangat dialu-alukan untuk hadir bersama-sama bagi mendapat dan menambah ilmu pengetahuan mengenai ilmu Faraidh dan pengurusan harta pusaka. seramai 200 orang telah hadir mendengar penjelasan berkenaan pengurusan harta pusaka.