Seperti biasa mesyuarat JKKR akan diadakan pada setiap bulan. pada bulan ini mesyuarat JKKR di hadiri oleh ketua-ketua blok lelaki yang baru dilantik pada bulan september baru-baru ini dan pengerusi GPW yang baru iaitu Puan Siti Khadijah Binti Abdullah. Banyak perkara-perkara berbangkit diutarakan terutama berkenaan kebersihan kawasan rancangan yang semakin kurang menyenangkan dan gejala sosial yang semakin membimbangkan.