Kejohanan ini telah di anjurkan oleh Majlis Belia Felda Wilayah Mempaga. ia tertutp bagi Belia dalam Felda Wilayah Mempaga sahaja. tujuan ia di anjurkan bagi mengeratkan hubungan dari kalangan ahli MBFM dengan Pengurusan Tertinggi Majlis Belia Wilayah Mempaga. 

Majlis Belia Felda Jenderak Utara telah mengadakan satu Gotong-royong di tanah perkuburan bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan. aktiviti ini boleh memberi kesedaran kepada anak-anak dan saudara mara simati serta memberi peluang kepada mereka untuk sama-sama membersihkan kawasan perkuburan waris mereka. selain itu juga aktiviti ini dapat memenuhi masa lapang anak-anak muda.

Mesyauarat Majlis Belia Felda Wilayah Mempaga telah di adakan pada 21hb sept 2017 di pejabat Felda Wilayah mempaga bagi membincangkan program Sukan warga Felda yang bakal berlangsung pada 12-15hb september 2017 di Negeri Melaka. semua warga Felda dialu-alukan untuk menyertai sukan yang dipertandingkan. antara sukan yang dipertandingkan ialah Futsal lelaki dna perempuan, Bola Jaring, Bola sepak 9 sebelah, tinju, Badminton lelaki dan wanita beregu serta perseorangan. selain itu acara kebudayaan dan dikir barat juga dipertandingkan. semua Exco-Exco dan kepimpinan tertinggi Majlis Belia Felda Malaysia telah dipanggil untuk bermesyuarat bagi menjamin kelancaran penyertaan sukan warga Felda ini.

Sukan warga felda telah di adakan pada 12hb oktober - 15hb oktober 2017 di U-TEM Alor Gajah Melaka. seramai 130 orang kontigen sukan dari seluruh Wilayah Mempaga telah dipilih untuk mewakili Felda Wilayah Mempaga. terdapat 7 acara yang di pertandingkan. Antaranya ialah bola jaring, futsal perempuan, futsal lelaki, badminton, Ping pong, pertang, kebudayaan, sepak takrow dan bola padang. Sukan warga felda ini diadakan pada setiap tahun dan hanya terbuka kepada warga felda sahaja.

 

Satu Majlis agama telah dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jenderak Utara anjuran bersama Pusat Internet 1 Malaysia dengan Majlis Belia Felda Malaysia. majlis ini dijalankan dipusat internet 1 Malaysia kerana dapat menggunakan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet dan agak selesa untuk majlis yang menempatkan seramai 15 orang peserta bagi Majlis tersebut.