Apabila sebut tentang cantik, tidak lain dan tidak bukan adalah menjadi tarikan dan keutamaan kepada kaum perempuan tidak kira tua ataupun muda, di bandar mahupun diluar bandar. Kecantikan adalah menjadi keutamaan kepada kaum wanita amnya. Pada bulan November ini, Pusat Internet Felda Jenderak Utara telah menganjurkan satu program kecantikan kepada wanita-wanita dan Beliawanis di dalam Rancangan Felda Jenderak Utara. terdapat pelbagai infomasi bagi menagani masalah kulit muka. banyak nasihat-nasihat dan Tip kecantikan telah diberikan kepada peserta. peserta juga diberi merasa memakai produk DYXY. Puan Yana dari Temerloh telah turun ke Pusat Internet Felda Jenderak Utara bagi mempromosi produk kecantikan dan membantu peserta yang mempunyai masalah kulit muka. cenderahati dan jamuan makan peserta yang hadir juga disediakan.

Satu Program yang sangat menarik dan menyeronokan yang dijalankan setiap tahun oleh umat islam diseluruh Malaysia iaitu mengacau bubur asyura. aktiviti ini akan dilakukan pada bulan maalhijrah tahun islam. kali ini pihak GPW Felda Jenderak Utara telah menganjurkan Program mengacau bubur asyura perdana dengan kerjasama pejabat Felda, JKKR, MBFM, Masjid dan PIBG Sek Keb Felda Jenderak Utara. seramai lebih 100 orang yang menyertai acara ini dan program amat menarik minat para beliawani-beliawanis. masing-masing bergotong-royong selama 2 hari bagi menyiapkan bubur asyura ini. program berjalan dengan baik dan lancar dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.

Majlis Belia Felda Jenderak Utara telah mengadakan Mesyuarat bagi penyelarasan tugas untu majlis jamuan hari raya anjuran Pejabat Felda Jenderak Utara. Pihak Felda telah memberi kepercayaan kepada MBFM untuk menjaga dan menghidang bagi tetamu VIP dan membantu memasak dan menyediakan peralatan serta hiasan. didalam mesyuarat itu juga banyak perkara-perkara yang dibangkitkan dan perancangan-perancangan program kecil-kecilan mengikut bajet bagi tahun 2018.

     

Sempena cuti hari Malaysia, MBF Felda Jenderak Utara telah membuat satu aktiviti hiking ke Bukit Seladang yang terletak di Jerantut Pahang. Aktiviti ini sangat memerlukan stamina yang tinggi dan sangat baik untuk belia-belia bagi menjaga kesihatan disamping dapat memenuhi masa lapang di hari cuti bersama kawan-kawan dan keluarga. jarak bukit seladang ini dari Felda Jenderak Utara lebih kurang 40 Km. dengan mengambil masa 30 minit perjalanan, pengunjung akan sampai di kaki bukit. aktiviti ini sangat mencabar dan hasilnya, pengunjung akan dapat menikmati pemandangan yang sangat menarik di waktu pagi iaitu pemandangan matahari terbik.

Gambar disini

Sudah menjadi rutin pada setiap tahun Majlis Belia Felda Jenderak Utara akan mengadakan gotong-royong perdana bagi membersihkan tanah perkuburan di Felda Jenderak Utara bagi mencantikan dan memberi keselesaan kepada waris-waris si mati untuk menziarahi pusara ibu bapa, anak-anak dan sanak saudara. Majlis Belia Felda Jenderak Utara juga bercadang untuk membuat gotong-royong sebanyak 1 kali bagi jangka masa 2 bulan.