Gotong-royong perdana bagi tanah perkuburan dan masjid teah dijalankan. persatuan Majlis Belia Felda Malaysia Felda Jenderak Utara telah membuat kutipan dana bagi kelancaran program gotong-royong ini. Seramai 120 orang telah menghadirkan diri. Segala kelengkapan bagi memotong rumput, mencakar dan menebang pokok-pokok yang terbiar telah dibawa oleh komuniti setempat. JKKR, GPW, KRT, Pejabat Felda, dan AJK Masjid juga telah turut bersama dalam program gotong-royong perdana ini.