Persatuan Belia Felda Jenderak Utara telah turun bersama-sama dengan GPW dan JKKR bagi membuat gotong-royong di jalan masuk utama Felda Jenderak Utara pada 09 Julai 2019 baru-baru ini. kerja-kerja mengutip sampah dan memotong pokok-pokok bunga di tepi jalan dan simpang masuk ke Felda Jenderak Utara dijalankan bermula jam 8.00pagi sehingga 10.00 pagi. Gejala membuang sampah merata-rata dan ke luar dari kenderaan semakin menjadi-jadi. setiap hari terdapat sampah sarap seperti plastik, botol air, tin air tisu dan sebagainya berada di tepi jalan masuk ke kawasan rancangan.

  

Sempena bulan syawal ini, pihak pengurusan dan serta saf kepimpinan Felda Jenderak Utara telah mengadakan satu majlis jamuan hari raya peringkat rancangan. majlis ini anjuran Pejabat Felda Jenderak Utara dengan kerjasama JKKR, GPW, MBFM, Masjid dan Koperasi. majlis ini telah berlangsung pada 25hb Jun 2019 bertempat di Wisma JKKR Felda Jenderak Utara. seramai 20 orang Beliawanis telah ditugaskan untuk membantu di majlis tersebut dari 24hb sehingga 25hb. 

jamuan hari raya

Pada setiap tahun, Majlis Belia Felda akan mengadakan Gotong-royong di kawasan tanah perkuburan sekurang-kurangnya 2 ke 3 kali setahun bagi memastikan kawasan perkuburan Felda Jenderak Utara ini nampak lebih terjaga. aktiviti gotong-royong ini di sertai oleh Penerokawati (GPW), MBFM (belia) dan peneroka.

  

Persatuan Majlis Belia Felda Jenderak Utara telah mengadakan satu gotong-royong perdana di kawasan tanah perkuburan Felda Jenderak Utara pada 5 May 2019 iaitu sehari sebelum menjalankan ibadah puasa. semua komuniti dan penduduk setempat di jemput bersama-sama untuk membersihkan kawasan perkuburan bagi keselesaan dan kebersihan kawasan kubur saudara mara masing-masing. 

001  002

Klub Arobic Arodance telah di jemput khas bagi menjalankan aktiviti senaman sihat dan berjalan 1000 langkah di program Jom Sihat anjuran pusat Internet Felda Jenderak Utara dengan kerjasama Majlis Belia Felda Jenderak Utara. program ini sedikit sebanyak telah memberi pendedahan kepada belia-belia dan beliawanis tentang kepentingan menjaga permakanan dan kesihatan diri.