Satu program telah disetup Oleh AADK Daerah Temerloh dengan Kerjasama Majlis Belia Felda Jenderak Utara bagi memastikan belia Felda sifar DADAH dan memberi pendedahan awal kepada belia-belia yang baru melangkah ke luar daripada alam persekolahan. langkah-langkah pencegahan ini adalah lebih berkesan daripada menghantar ke pusat pemulihan yang telah terjebak dengan gejala DADAH ini. program ini menekankan cara-cara mengenalpasti dan menghadapi ahli keluarga yang telah terjebat dengan gejala DADAH serta memberi pendedahan betapa besarnya kesan terhadapa masa depan mereka untuk kehidupn seharian dan akan datang.

Persatuan belia dan biro sosial telah mengadakan aktiviti jom sihat dengan menjalankan riadah senamrobik dan zumbar pada setiap minggu. aktiviti ini dijalankan bagi memenuhi masa lapang dan mengajak belia-belia untuk beriadah secara sihat.

Program Liga Bola Jaring anjuran ADUN Kawasan Jenderak bagi belia yang tinggal didalam kawasan DUN Jenderak. objektif program ini dijalankan adalah untuk merapatkan siratul rahim antara komuniti, belia dan pemimpin setempat.

Pusat Khidmat DUN kerdau dengan kerjasama Wanita UMNO Kerdau menganjurkan satu liga terbuka Parlimen Kuala Krau bagi mengalakan beliawanis bersukan dan merapatkan hubungan antara pemimpin setempat dengan golongan muda. had umur bagi penyertaan liga bola jaring ini ialah 18 tahun ke atas.

  • Tempat pertama dimenagi oleh pasukan Paya Taram dari Dun Kerdau
  • tempat kedua dimenagi oleh Pasukan Rumpun Makmur dari Dun Kerdau
  • Tempat Ketiga dimenagi oleh pasukan KJNC dari Dun Jenderak
  • tempat keempat dimenagi oleh pasukan Paya taram B dari DUN Kerdau

 

Majlis Belia Felda Malaysia(MBFM) FELDA JENDERAK UTARA

BIL

NAMA

JAWATAN

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

 

ROSSAKINAH BINTI ABU KASIM    

MOHD SABRI BIN MUZAKKAR                                       

ROSIDAH BINTI ABDUL RAZAK                                     

MOHAMMAD ZULHAIZAD BIN HARUN

SITI HAJAR BINTI MAT SAAIN                                        

NURULHUDA BT A.HAMID                                              

MOHD ZULHAFIZAL BIN HARUN                  

MUHD HAFIZUL BIN MOHD NASIR                                               

NORZAEKHSHAM BIN MOHAMAD NOJI                     

MOHD FAZLI BIN HARUN                                                               

YUSSHAIDIE BIN BAHADON                                           

NORZATOLAKMA BINTI ZAKARIA                                                

SUDIRMAN BIN BASAR                                                    

RAZMI BIN ADAM                                                                             

S BAHAGIA BIN IBRAHIM                                                

 

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI Naib PENGERUSI 2 (WANITA)

SETIAUSAHA

PENOLONG SETIAUSAHA

BENDAHARI

AJK

AJK

AJK

AJK

AJK

AJK

AJK

PEMERIKSA KIRA-KIRA

PEMERIKSA KIRA-KIRA

 

Majlis Belia Felda (MBFM) adalah satu persatuan belia Felda. had umur ialah 15 tahun - 40 tahun. bagi yang berumur lebih dari 40 atau yang tidak menjadi ahli MBFM, bolehlah mendaftar sebagai ahli persatuan kami anak felda (KAF).

terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh belia dan beliawani felda jenderak utara di waktu petang. seperti bermain badminton, futsal, bola jaring dan takrow.

Belia dan Beliawani Felda Jenderak Utara juga sangat juga sangat aktif bagi kegiatan dan program-program di dalam wilayah mempaga, Dun, Parlimen dan Daerah. banyak kursus-kursus dan pertandingan yang telah dihadiri.

 

SEBAHAGIAN AKTIVITI BELIA JALANKAN

program MBFM bersama AADK Daerah Temerloh (Belia Benci DADAH)

Perasmi : En. Fazeli Bin Ibrahim ( Pengurus Felda Jenderak Utara)

Peserta : 45 Orang 

Tempat : Taman Negara Jerantut Pahang

 

 

Program Pertandingan Boling Tertutup MBFM Felda Jenderak Utara.

Perasmi : En. Fazeli Bin Ibrahim

Peserta : 55 Orang

Tempat : Star Mall Mentakab Pahang

 

 


 

PERTANDINGAN KAROM TERTUTUP FELDA JENDERAK UTARA

 

Pertandingan ini dianjurkan Oleh Majlis Belia Felda Jenderak Utara. ia terbuka kepada semua golongan. tujuanya merapatkan hubungan antara semua peringkat umur dan mengangkat permainan ini bagi menjadikan sebagai aktiviti untuk belia-belia di didalam Felda Jenderak Utara seterusnya mengurangkan budaya lepak dan merempit dikalangan Belia.