Program santai belia felda bersama komuniti setempat telah dijalankan pada 22 April 2018. program ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada semua ggolongan, terutamanya golongan anak muda iaitu belia. terdapat pelbagai aktiviti yang menarik dan berfaedah dijalankan. hadiah yang menarik telah ditaja oleh Jabatan Penerangan Daerah Temerloh, Dato Sri Mohamed Bin Hj Jaafar dan Dato Sri Ismail Bin Hj Mohamed Said. program ini dijalankan selama 1 hari dari pagi hingga ke malam. Aktiviti sebelah pagi di jalankan di Pusat Internet 1 Malaysia. antara aktivitinya ialah, Erezeki, kuiz kahood, pertandingan gubahan tuala, pertandingan mewarna kanak-kanak dan cabutan bertuah.

Bagi acara untuk sebelah petang pula, aktiviti mengziarah rumah-rumah orang kurang upaya, kurang mampu, dan ibu tunggal. dan aktiviti disebelah malam pula ialah pertandingan dat, congkak, catur, batu seremban, karom, cabutan bertuah dan makan BBQ.

Setiap tahun mesyuarat agong akan di jalankan bagi setiap rancangan yang berdaftar dengan ROS bagi persatuan Majlis Belia Felda. tarikh bermesyuarat bermula 28hb Feb 2018 sehingga 30 Jun 2018. pada tahun ini mesyuarat agong tahunan agak berlainan kerana ada pemilihan ahli jawatankuasa baru bagi persatuan tersebut. semua ahli-ahli belia felda di rancangan di panggil untuk menghadiri mesyuarat. 

Pada setiap pagi, bermula jam 8.00pg sehingga 10.00 pagi club Zumbar Felda Jenderak Utara akan mengadakan aktivi sihat di padang Futsal Felda Jenderak Utara. aktivi siahat ini sangat bagus bagi golongan yang sangat pentingkan kesihatan dan keceriaan. disamping itu juga mereka banyak melakukan aktiviti-aktivi lain seperti gotong royong dan majlis makan bersama ahli club.

Kejohanan bola sepak 9 sebelah anjuran NGO Kuala Krau. aktiviti sukan seperti ini sering dianjurkan oleh badan-badan NGO mahupun parti politik. kejohanan sukan adalah aktiviti atau program yang sangat digemari oleh belia-belia amnya. ia akan mendapat sambutan yang amat luar biasa berbanding dengan program lain yang di anjurkan. 

Satu program santai orang muda telah di anjurkan oleh Majlis Belia Felda Jenderak Utara dengan kerjasama Majlis Belia Felda Jenderak Selatan, Felda Wilayah Mempaga, Majlis belia Wilayah Mempaga, Felda Jenderak Utara, Parlimen Kuala Krau dan ADUN Kawasan Jenderak. program ini dijalankan bagi mengumpul anak-anak muda serta generasi muda felda bagi menjalankan aktiviti yang berfaedah dan merapatkan hubungan siratul rahim. 

Selain itu juga, MBF Jenderak Utara bersama MBF WIlayah Mempaga membuat ziarah tautan kasih ke rumah-rumah belia yang sakit dan ibu bapa kepada belia yang uzur. program seperti ini dijalakan adalah bertujuan mendekati mereka yang kurang bernasib baik dan mendengar permasalahan mereka serta memberi semagat dan nasihat.