Persatuan MBFM Felda Jenderak Utara telah mengadakan mesyuarat agong tahunan pemilihan bagi sesi 2020-2022. seramai 23 orang ahli daripada 62 orang telah menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut. keputusan mesyuarat Agong pemilihan pada malam tersebut ialah, pengerusi Belia baru ialah Encik Mohamad Zulhafizan Bin Harun, Timbalan Naib Pengerusi 1 Encik Mohd Iswandi Bin Abdul Wahab, Timbalan Naib Pengerusi 2 Puan Bibi Azila Binti Hasim dan 5 orang Ahli Jawatankuasa ialah Puan Nor Erma Binti Ahmad, Puan Siti Supizah Binti Mad Nor, encik Sabri Bin Muzakar, encik Mohamad Zaim Bin Mohamed dan cik Wan Misya Kamarina.

mbfm 20 mbfm 2020

Satu program amal bagi gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Felda Jenderak Utara pada 05 julai 2020 bersamaan dengan hari ahad. semua warga penduduk Felda Jenderak Utara di ajak beramai-ramai untuk menjayakan kerja amal tersebut. juga di alu-alukan kepada yang ingin membuat sumbangan. program ini akan dijalankan sepanjang tahun. 

38a25b7b-e320-4ee4-94b5-c4aa2f9a2e97 0459d4f7-6cbb-4278-a939-cbef2138d490

Program Sepakat@Komuniti Felda Jenderak Utara telah dijalankan di Padang Awam Felda Jenderak Utara. terdapat pelbagai acara seperti karnival usahawan, persembahan pentas rama dari artis-artis jemputan. promosi dan hebahan myfreeview dan cabutan bertuah.

Satu program Fun Run Anjuran UMNO DUN Jenderak telah diadakan bagi menarik belia-belia dan beliawanis menjalankan aktiviti yang sihat. program ini disambut baik oleh semua lapisan masyarakat. seramai 350 peserta telah mengambil bahagian didalam acara larian ini. program ini telah dirasmikan oleh Yb Dato sri Haji Mohamed Bin Hj. Jaafar ADUN Jenderak. terdapat pelbagai cabutan bertuah yang menarik menanti peserta. cenderahati, sijil serta sarapan pagi ringan juga turut di sediakan.

run kk run kk1

MAJORITI umat Islam Malaysia tahu mengenai bubur Asyura. Ada yang menyatakan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas yang terdiri daripada sepuluh jenis bahan. Ada tepung, ada ubi, ada pelbagai kekacang dan sebagainya. Apa yang pasti ia ialah bubur daripada 10 bahan masakan. Kalau lebih atau kurang, itu bukan bubur Asyura. Jenis rasanya mungkin juga berbeza di antara satu negeri dengan negeri lain. Ada juga anggapan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas sempena 10 Muharam. Kebetulan perkataan Asyura diambil daripada bahasa Arab iaitu Asyarah yang bermakna 10. Maka ramailah yang bergotong-royong atau bersendirian menyediakan bubur Asyura pada tanggal 10 Muharam.

Sepertimana tahun-tahun yang lalu, Rancangan Felda Jenderak Utara juga turut mengadakan program kacau bubur Asyura. semua komuniti dan badan-badan dalam rancangan akan dijemput untuk bersama-sama bagi memeriahkan lagi program yang dijalankan. Masyarakat akan mengutip derma beberapa ringgit setiap rumah untuk keperluan membeli barang yang diperlukan untuk memasak. Petangnya mereka akan memasak beramai-ramai sambil berbual, bergurau-senda dan bertanya khabar.

Persatuan Majlis Belia Felda Jenderak Utara juga tidak pernah ketinggalan dengan mana-mana program yang dijalankan di dalam rancangan. belia dan beliawanis adalah menjadi tulang belakang kepada JKKR, GPW dan Pengurusan Felda. sebanyak 11 kawah asyura telah di masak dan di agihkan di seluruh rancangan. selain itu terdapat pertandingan asyura paling enak dan hiasan tercantik. pada tahun ini, tempat pertama di menagi oleh pasukan KRT, Tempat ke 2 pasukan GPW, Tempat ke 3 pasukan Pejabat Felda, tempat ke 4 pasukan JKKR B, tempat ke 5 pasukan MBFM, Tempat ke 6 JKKR A, tempat ke tujuh pasukan masjid dan tempat ke 8 pasukan PIBG SKJU.