Gotong-royong tanah perkuburan adalah menjadi satu rutin kepada anak muda di dalam rancangan Felda Jenderak Utara. berbekalkan dana sumbangan daripada komuniti setempat untuk meneruskan aktiviti membersih dan menceriakan kawasan tanah perkuburan ini. aktiviti gotong-royong tanah perkuburan ini dijalankan sebanyak dua kali sebulan bagi memastikan kebersihan terus terjaga.