Nama

: Mohd Ahmadi Bin Ismail

Umur

: 44 Tahun

Ahli

: 26 jun 2010

 

Latar belakang

Mohd Ahmadi Bin Ismail adalah seorang ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara sejak 26 Jun 2010. beliau merupakan seorang petani dan penternak yang mengusahakan ternakan kambing, lembu dan kebau secara integrasi dan fidlot. beliau memulakan ternakan lembu sebanyak 5 ekor pada tahun 2004 yang telah di bekalkan oleh jabatan vaterina Daerah Temerloh di bawah program bantuan khas. bermula dari situlah beliau mula membeli kambing dan kerbau bagi mempelbagaikan lagi ternakan. beliau mula membuat reban kambing di atas tanah kebun bapanya hanya berkeluasan 10 x 10 kaki sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum Pusat internet dibuka di kawasan Felda Jenderak Utara, beliau terpaksa ke Bandar Temerloh yang jaraknya lebih kurang 50 kilomiter untuk membuat kertas kerja dan surat permohonan. disebabkan jarak yang jauh dan tidak mahir menggunakan komputer, banyak peluang-peluang tidak dapat di mohon dan maklumat jugak amat terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada tahun 2010, Pusat jalur Lebar telah dibuka di Felda Jenderak Utara, beliau terus mendaftarkan diri sebagai ahli bagi mendapat manfaat dan kemudahan yang diperlukan. beliau mula belajar penggunaan asas komputer, masuk kelas pengenalan dan mempelajari microsoft office bagi memudahkan beliau membuat surat-surat rasmi dan mendapatkan maklumat terkini. Banyak bantuan dan peruntukan dari kerajaan yang beliau berjaya mohon bagi membesarkan lagi perniagaan ternakan beliau. beliau jugak berjaya membuat poster bagi jualan daging dan merekod kewangan secara teratur.

d910b140-2e6e-4fee-9c8f-4d194810eb46 f8a21d5a-123d-4d9a-8950-6b82c37c4d8e