20210925-PerananIbubapaSlpsAnakVax

Program imunisasi COVID-19 kebangsaan remaja berumur 12-17 tahun (PICK REMAJA) dan penubuhan pasukan bertindak imunisasi COVID-19 remaja (COVID-19 immunisation task force - Adolescent, CITF-A)

Kementerian Kesihatan menawarkan pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja dengan memberi keutamaan kepada mereka yang berumur 16 dan 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan awam dan remaja dengan komorbid.Semua sekolah, institusi pendidikan, perlindungan dan pemulihan kerajaan dan swasta dimohon untuk mendaftarkan institusi masing-masing di portal Portal Vaksin-Anak-Ku yang telah dibangunkan oleh KKM. Pada masa yang sama, ibu/bapa dan penjaga kepada remaja disarankan untuk mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan di dalam aplikasi MySejahtera.

Jenis vaksin yang akan digunakan adalah comirnaty (keluaran pfizer Bio-NTech). Vaksin tersebut telah mendapat kelulusan berstatus pendaftaran bersyarat oleh bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). sebanyak 2 dos suntikan akan diberikan kepada remaja. CITF-A menyasarkan 60% remaja yang berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya 1 dos vaksin pada bulan november 2021 dan 80% remaja mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022. CITF-A akan memastikan sasaran ini dapat dicapai dan kerjasama dari semua agensi diperlukan.

* sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia