Mesyuarat JKKR pada umumnya akan di jalankan pada setiap bulan sepanjang tahun bagi membincangkan permasalahan di dalam rancangan samaada dari segi sosial mahupun ekonomi. Perkara yang paling hagat di bincangkan di dalam mesyuarat pada bulan ini adalah masalah ekonomi dan pendapatan isi rumah penoroka yang semakin meruncing. ramai peneroka dan generasi ke 2 rancangan menghadapi kesukaran bagi kos sara hidup keluarga masing-masing. dengan kejatuhan harga sawet dan getah serta hasil sawet yang berkurangan membuatkan banyak bayaran dan pemotongan hutang tergendala. tambahan lagi dengan kenaikan harga barang yang semakin meningkat dan menjadi-jadi juga menjadikan peneroka di bebani masalah sara hidup. perbincangan dan cadangan telah di buat tetapi tiada jalan penyelesaian dan jalan keluar dari permasalahan ini yang dapat di capai.