Pada mesyuarat kali ini, ahlijawatankuasa JKKR yang terdiri daripada ketua-ketua blok lelaki telah memutuskan untuk menderma dan sumbangan kipas angin kepada masjid Felda Jenderak Utara. sumbangan ini adalah untuk memberi keselesaan kepada jemaah masjid yang menjalankan ibadah solat pada setiap hari terutamanya bagi ibadah solat jumaat. didalam mesyuarat itu juga telah membincangkan berkenaan dengan get keselamatan yang terletak di sempadan Kuala Krau dan Felda Jenderak Utara. Pengurus Felda En. Mohamad Fazeli Bin Ibrahim telah memberi teguran berkenaan dengan sampah-sampah yang dibuang oleh penguna kenderaan di tepi bahu jalan utama masuk ke Felda Jenderak Utara.