Majlis Belia Felda Jenderak Utara telah mengadakan satu Gotong-royong di tanah perkuburan bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan. aktiviti ini boleh memberi kesedaran kepada anak-anak dan saudara mara simati serta memberi peluang kepada mereka untuk sama-sama membersihkan kawasan perkuburan waris mereka. selain itu juga aktiviti ini dapat memenuhi masa lapang anak-anak muda.