Apabila sebut tentang cantik, tidak lain dan tidak bukan adalah menjadi tarikan dan keutamaan kepada kaum perempuan tidak kira tua ataupun muda, di bandar mahupun diluar bandar. Kecantikan adalah menjadi keutamaan kepada kaum wanita amnya. Pada bulan November ini, Pusat Internet Felda Jenderak Utara telah menganjurkan satu program kecantikan kepada wanita-wanita dan Beliawanis di dalam Rancangan Felda Jenderak Utara. terdapat pelbagai infomasi bagi menagani masalah kulit muka. banyak nasihat-nasihat dan Tip kecantikan telah diberikan kepada peserta. peserta juga diberi merasa memakai produk DYXY. Puan Yana dari Temerloh telah turun ke Pusat Internet Felda Jenderak Utara bagi mempromosi produk kecantikan dan membantu peserta yang mempunyai masalah kulit muka. cenderahati dan jamuan makan peserta yang hadir juga disediakan.