Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak Pusat Internet bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu warga emas, belia dan beliawanis serta pelajar sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Jom Hidup Sihat boleh  menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera. Amalan Jom Hidup Sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, senaman yang  konsisten, mengelakkan stress dan konflik serta menjauhi penyalahgunaan dadah. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan  kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah. Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.