Persatuan ibu bapa dan guru Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara telah berjaya dan selesai mengadakan Mesyuarat Agong PIBG bagi sesi 2024-2025. Ibu bapa telah mencadang dan melantik Ahli Jawatankuasa yang baru. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Rodzuan Bin Zaabar ADN Jenderak. seramai 125 orang ibu bapa yang telah hadir. 

1f82bf01-29c4-4289-ae8b-7fa365a92c7f d4a891d3-7817-4c5d-945c-3dd506e76978

Sekolah Kebangsaan telah mengadakan sukan tahunan pada 17 May 2024 di padang awam sekolah Kebangsaan Jenderak Utara. Semua pelajar terlibat di dalam acara sukan yang telah dijalankan selama seminggu bermula 13 may 2024 sehingga 17 may 2024. Pelbagai acara telah dijalankan.

Majlis Penutup Ihya Ramadan Sk Felda Jenderak Utara telah di adakan di Dewan Pak Sako SK Felda Jenderak Utara. Majlis Khatam Al-quran ini telah disertai oleh 18 orang pelajar dari tahap 1 sehingga tahap 2. majlis dijalakan dengan sangat meriah. Majlis ini dijalankan bagi menerapkan kecintaan pelajar-pelajar kepada Al-quran dan kelebihan mengamalkan bacaan al-quran di dalam bulan ramadan.

Sekolah Kebangsaan Felda jenderak Utara telah mengadakan Sambutan Aidilfitri Rancangan Integrasi Murid (RIMUP). sambutan pada tahun ini adalah sambutan yang berbeza dari tahun-tahun yang sebelum ini. Tema sambutan pada tahun ini adalah bertemakan perpaduan. Sekolah Kebangsaan Jenderak Utara membuat sambutan bersama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuala Krau. seramai 5 orang guru dan 10 Orang murid dari Sekolah jenis Kebangsaan Cina Kuala Krau telah menghadiri sambutan ini. Antara acara yang dijalankan adalah Demonstrasi dan pertandingan anyam ketupat yang terdiri dari seorang fesilitator dan 8 orang murid berbilang kaum. terdapat 6 kumpulan semuanya.