Sekolah kebangsaan Jenderak Utara telah berjaya dan selesai mengadakan mesyuarat agong PIBG kali yang ke-44 bagi sesi 2023/2024. Mesyuarat pada tahun ini telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Dato Rodzuan Bin Zaabar ADUN Kawasan Jenderak. persatuan PIBG ini adalah salah satu platfom untuk menambah baik dan membantu sekolah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan seperti membantu dan memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid. selain itu juga fungsi PIBG adalah menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah. ia juga berfungsi sebagai meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat. Mesyaurat telah di adakan di Dewan pak Sako SKJU. seramai 108 daripada 157 orang ibu bapa dan penjaga yang telah menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut.

DSC 0041 DSC 0055

 

 

Sekolah Kebangsaan Felda jenderak Utara telah mengadakan Hari orentasi Bagi tahun 1 dan Prasekolah di Dewan Pak Sako Sk Felda Jenderak Utara. Tuan Guru besar En Hasbullah telah memberi penerangan kepada ibu bapa yang hadir tentang etika pemakaian serta waktu persekolahan. ibu bapa juga diperkenalkan dengan guru-guru yang bakal mengajar anak-anak tahun 1 bagi sesi 2023.

Sekolah kebangsaan Felda Jenderak Utara telah mengagihkan bantuan awal persekolahan pada 17 Januari 2023, pada jam 11.30 pagi di dewan Pak Sako. semua ibu,bapa atau penjaga di panggil hadir dan di minta membawa pengenalan diri yang asal sebagai bukti sebelum menerima sumbangan tersebut. Nilai bantuan awal persekolahan ini di naikan sebanyak RM150 daripada RM100 pada tahun lepas dan semua pelajar adalah layak menerima. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat menampung beban ibu bapa untuk membeli kelengkapan anak-anak bagi sesi persekolahan yang baru pada bulan Mac 2023 nanti.

Majlis bagi hari Asresiasi SKJU telah di adakan pada 15 Feb 2023 di dewan Pak Sako Sekolah kebangsaan Felda jenderak Utara. pelajar-pelajar telah di beri anugerah mengikut pencapaian dan mata pelajaran dan kokurikulem masing-masing. Yang Berhormat Dato Rodzuan Bin Zaabar telah merasmikan majlis ini dan membuat penyerahan Pahang KIDS kepada pelajar-pelajar yang layak. majlis di serikan dengan persembahan pelajar Pra Sekolah dan Pendidikan Khas.

IMG20230215112957 IMG20230215095348

Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara telah mengadakan majlis persaraan cikgu Nasir yang mengajar murid PKKI di Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara. Beliau telah berkhidmat selama 7 tahun di SKJU. majlis di adakan secara kecil-kecilan bagi menghargai jasa cikgu Nasir.