Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara telah selesai menjalankan Kejohanan Berlapan dan padang bagi tahun 2023 di padang SKJU. seramai 189 orang ibu bapa yang telah hadir bagi memeriahkan lagi sukan tahunan Sek Keb Jenderak Utara pada tahun ini. seramai 166 orang pelajar yang terlibat di dalam acara sukan pada tahun ini. rumah hijau telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan, tempat ke dua rumah merah dan tempat ketiga rumah kuning. ibu bapa telah menghias rumah sukan anak-anak dan ini telah menambahkan lagi kemeriahan dan menunjukan kerjasama antara sekolah dan PIBG yang sangat baik.

9fbf7cdd-4b44-4d68-83e7-8c3ebd556988 58a61600-69e5-44f3-9c96-e63d72730c3c

Satu majlis pelancaran bagi duta sahsiah pemangkin pembentukan karakter karamah insaniah peringkat sekolah SKJU bagi tahun 2023. Objektif program ini adalah untuk memantapkan kerjasama antara pihak PDRM dengan KPM dan pihak sekolah dengan PPS. selain itu juga ia akan dapat membantu salah laku displin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang tidak bermoral. 

731cfadf-e375-4820-b020-5cb8a9eee194 cf856e0e-fe79-45d5-ae51-1624a866f329

Sekolah kebangsaan Felda Jenderak Utara telah mengadakan sambutan bulan kekebangsaan bagi tahun 2023. Banyak acara dan program yang di laksanakan. matlamat program ini adalah "menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnyamenghargai dan mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan jalur Gemilang sepanjang masa". Objektifnya pula adalah:-

  • Memupuk dan menyemarakkan semagat patriotisme di dalam fjiwa murid sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa. 
  • Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semagat kemerdekaan. 
  • Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
  • menyediakan ruang agar murid menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan kempen ini.

Tema hari merdeka pada tahun ini adalah "Malaysia Madani: Tekat Perpaduan Penuhi Harapan".

Pertandingkan dijalankan secara berperingkat-peringkat pada setiap minggu. minggu pertama 14 ogos sehingga18 ogos 2023 iaitu pertandingan Patriotismeku. minggu kedua pula pertandingan Swafoto Merdeka bermula 21 ogos sehingga 25 ogos 2023. Pada minggu ke 3, 28 ogos - 1 september 2023 pertandingan Video Merdeka dan minggu ke 4, 4 september sehingga 8 september 2023 Program jalinan kemerdekaan bersama SKJ(C) Kuala Krau dan akhir sekali minggu ke 5 adalah pertandingan basikal berhias pada 11 ogos sehingga 15 ogos 2023. 

 

Sekolah kebangsaan Felda Jenderak Utara telah mengadakan Program penutup bagi bulan kemerdekaan bagi tahun 2023. Pelbagai pertandingan yang telah dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ini antaranya ialah pertandingan selfi merdeka, vedio merdeka, pakaian merdeka, hiasan basikal merdeka dan pertandingan kelas merdeka. program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dari ibu bapa penjaga. 

86956c70-6dde-4548-87c9-4f6b9b1a13be IMG20230915092233

Kejohanan sofbal peringkat MSSD Temerloh telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jenderak Utara. sebanyak 8 sekolah yang bertanding bagi kelayakan ke peringkat daerah. Sekolah kebangsaan Jenderak Utara telah layak ke peringkat semi finel dan peringkat akhir. pasukan perempuan telah mendapat tempat ke 2 dan pasukan lelaki berkongsi tempat ke 3. kejohanan ini telah berlangsung selama 2 hari.

 6fee6800-84ff-46da-9162-099e4258a53c0a2afd61-deec-4ae6-94ae-36e1ae929b6d0b240ad6-f2f0-4c68-b966-813c3e449d16