Sekolah Kebangsaan Felda jenderak Utara telah mengadakan Sambutan Aidilfitri Rancangan Integrasi Murid (RIMUP). sambutan pada tahun ini adalah sambutan yang berbeza dari tahun-tahun yang sebelum ini. Tema sambutan pada tahun ini adalah bertemakan perpaduan. Sekolah Kebangsaan Jenderak Utara membuat sambutan bersama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuala Krau. seramai 5 orang guru dan 10 Orang murid dari Sekolah jenis Kebangsaan Cina Kuala Krau telah menghadiri sambutan ini. Antara acara yang dijalankan adalah Demonstrasi dan pertandingan anyam ketupat yang terdiri dari seorang fesilitator dan 8 orang murid berbilang kaum. terdapat 6 kumpulan semuanya.