Memberi kelebihan dan kebaikan kepada komuniti luar bandar terutama sekali pelajar sekolah rendah dan sekolah menegah untuk mendapatkan kelas tambahan dengan kelas dan subjek yang dipilih. kelas dijalankan setiap sabtu dan ahad sahaja secara atas talian. kelas akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang terlatih. Jadual akan diupdate pada setiap bulan dan pelajar boleh memilih mana-mana kelas mengikut kelapangan pelajar. yuran yang sangat berpatutan dan diskaun juga diberi kepada pelajar yang mendaftar awal. kepada pelajar yang tidak dapat hadirkan diri ke kelas pada minggu tersebut, kelas ganti aadalah dibenarkan dalam masa 2 bulan.

 Promosi 2

Pihak Sekolah Kebangsaan Jenderak Utara telah mengadakan mesyuarat Agong PIBG kali ke 42 di Dewan Belia Felda Jenderak Utara. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Pengurus Felda En. Hasbullah Bin Imran. Mesyuarat bermula pada jam 8.30pg - 12.00 tengahari mengikut SOP yang telah ditetapkan. MISI sekolah ialah "melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi Negara". seramai 153 orang ibu bapa yang telah hadir ke mesyuarat tersebut dan layak untuk bermesyuarat. 

pibg pibg skju

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah bermula bagi sesi persekolahan pada tahun 2021 di seluruh negara untuk memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited melaksanakan PdPR bagi membolehkan sesi pembelajaran diteruskan meskipun negara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau Pusat Internet komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang.

PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian atau secara off-site. Guru boleh melaksanakan PdPR dengan menggunakan satu daripada kaedah ini atau gabungan kaedah mengikut kesesuaian.

Terdapat segelintir pelajar yang hadir ke Pusat Internet Komuniti Felda Jenderak Utara bagi menggunakan kemudahan yang telah disediakan di Pusat Internet Komuniti seperti capaian Internet dan penggunaan Komputer. kebanyakan ibu bapa akan hadir ke Pusat internet bagi membuat cetakan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru. Ibu bapa dan pelajar juga membuat pinjaman Netbook di Pusat Internet komuniti bagi memudakan anak-anak berlajar menggunakan online google meat dan whatsap.

jemi pdpr pdpr 1

PENDIDIKAN
Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Januari ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu selepas perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta merujuk kepada trend kes #COVID19 yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Justeru, KPM memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

KPM turut menyarankan agar semua ketetapan ini diikuti oleh sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM termasuk sekolah di bawah kerajaan negeri.

Kementerian Pendidikan Malaysia



Sumber : Bernama