KMR adalah singkatan dari kefahaman melalui rekabentuk teknologi dan kehidupan lestari. Melalui projek KMR ini murid diberi ruang untuk menggunakan teknologi dan sumber bacaan untuk mencari maklumat. ia juga menerapkan pengetahuan baru dalam kehidupan seharian. selain itu, melalui projek KMR ini akan memberi peluang kepada murid untuk membentuk keyakinan diri dalam berinteraksi di hadapan orang ramai dan mampu menyampaikan maklumat dengan betul dan tepat. matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan murid yang berketrampilan dan berhemah tinggi selaras dengan program transfomasi sekolah 2025 (TS25) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Aktiviti sukan dan permainan yang telah dilaksanakan di sekolah berjaya mencungkil bakat murid seiring dengan falsafah pendidikan negara. Oleh hal yang demikian, usaha berterusan yang dijalankan pihak MSSSD Temerloh untuk melahirkan para murid yang sempurna dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek melalui penganjuran pelbagai program sangat bertepatan untuk pembanggunan sahsiah dan potensi individu. Dari aspek sukan dan permainan, salah satu program tersebut ialah kejohanan bola jaring MSSD Temerloh. Objektifnya adalah untuk melahirkan pemain-pemain yang berbakat dalam permainan bola jaring dan menyediakan pasukan bola jaring daerah dan negeri untuk menyertai kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan. mendedahkan peraturan dan undang-undang permainan bola jaring yang sebenar kepada mereka yang terlibat. selain itu juga dapat memberi pendedahan pengurusan dan pengelolaan sesuatu kejohanan kepada guru-guru. Sekolah Kebangsaan Jenderak Utara telah menghantar 1 pasukan yg terdiri daripada 12 orang pelajar perempuan bagi kejohanan MSSD Temerloh yang berlangsung pada 26 julai 2022 di Sekolah Kebangsaan Lancang Pahang.