KEMENTERIAN PENDIDIKAN

JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV OKEY RTM, ASTRO TUTOR TV dan ntv7 5 JANUARI 2021

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my
ASTRO TUTOR TV di Saluran 601 dan 603.

Sumber dari : Kementerian Pelajaran

 

 spnn

Sertai Bulan Menabung SSPN 2020 & Menangi Pelbagai Hadiah Menarik

Tahun 2020 merupakan norma baharu untuk semua orang memandangkan negara dilanda pandemik Covid-19. Pelbagai program dan karnival yang terpaksa ditunda atau dibatalkan bagi mengelakkan daripada timbulnya kluster dan kes yang terbaru. Namun, pihak Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) mengambil langkah bijak apabila menjalankan Bulan Menabung SSPN secara di atas talian bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020. Ini merupakan tahun ketiga pelaksanaan Bulan Menabung SSPN selepas melihat pencapaian dan sambutan yang amat menggalakkan pada tahun lepas. Tidak perlu keluar rumah, hanya menggunakan gajet sahaja. Memandangkan teknologi dah canggih, anak-anak boleh menyertai aktiviti bersama ibu bapa masing-masing.

Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik disediakan sepanjang Bulan Menabung SSPN 2020:

  • Pertanding Mewarna
  • SSPN Got Talent 
  • Bento Chef Junior

Dalam pada itu, ada juga aktiviti yang dijalankan secara langsung di Facebook (FB) PTPTNOfficial seperti Happy Hour dan Teka Dalam Tabung. Buat ibu bapa, jangan risau ada aktiviti khas yang anda boleh sertai iaitu Kahoot Game dan WOW! SSPN Challenge. Kalau ada pertandingan, semestinya ada ganjaran menanti! Pelbagai hadiah menarik disediakan mampu buat anda tersenyum lebar. Sementara itu, menerusi Cabutan WOW! SSPN-i Plus, terdapat dua kategori cabutan iaitu Cabutan Tahunan dan Cabutan Bulanan. Tempoh promosi ini akan berlangsung bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2020 bagi Cabutan Bulanan manakala Cabutan Tahunan pula 1 Januari hingga 31 Disember 2020.

Cabutan Tahunan

Hadiah utama berupa kereta Mercedes Benz C200 FL AMG Line, tempat kedua berupa wang tunai RM50,000, tempat ketiga berupa RM30,000 dan hadiah saguhati RM500 untuk 1,000 orang pendeposit. 

Cabutan Bulanan

20 orang pendeposit SSPN berpeluang meraih hadiah wang tunai RM2,020 pada setiap bulan. Bulan Menabung SSPN ini akan berlangsung pada 1 sehingga 31 Oktober 2020 dengan tagline #mulakansekarang menerusi platform media sosial PTPTN iaitu Facebook rasmi PTPTNOfficial sempena menyambut Hari Tabungan Sedunia yang diraikan pada setiap 31 Oktober.

Bagi mengetahui keterangan lanjut, anda boleh layari

www.lovesspn.com/BulanMenabungSSPN2020 dan 

https://www.facebook.com/PTPTNOfficial/.

Simpan, Simpan, Simpan, Jaminan Masa Depan! Jom kita menabung!

Jangan Alpa!

Ibu bapa perlu memastikan tidak menghantar anak ke sekolah jika bergejala. pastikan anak anda juga mengamalkan norma baru.

Kementerian Pendidikan Malaysia

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

sekolah

Pihak Sekolah SAR KAFA dan barisan AJK telah mengadakan program mengacau bubur asyura sempena bulan maalhijrah secara gotong-royong. program ini terbuka kepada semua ibu bapa dan komuniti setempat. bayaran yang dikenakan hanyalah RM10.0 sahaja. seramai  30 orang telah menyertai program ini dan berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.

a74d92d3-9d18-410b-a228-32832a6c126f asyura

 

Pada 01 Julai 2020, Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Bin Md Jidin berkenaan pembukaan semula sekolah bagi murid kelas peperoksaan awam dan kanak-kanak Pra Sekolah, Tabika Kemas dan semua Tabika-Tabika di seluruh Malaysia. semua guru-guru dan sekolah hendaklah mengikut SOP yang telah ditetapkan