Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi kanakkanak dari 2 hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada”. golongan sasaran adalah kanak-kanak luar bandar dan di pinggir bandar.
Program pendidikan awal kanak-kanak di FELDA bermula pada tahun 1970an melalui penubuhan Pusat Literasi Keluarga (PLK). Antara objektif utama aktiviti di PLK ialah merangsang minda kanak-kanak kepada pembelajaran melalui kaedah bacaan awal yang dapat meningkatkan pusat perbendaharaan kata kanak-kanak dan secara tidak langsung memberi keyakinan diri mereka berinteraksi dengan lebih baik.
Selain itu, kaedah bercerita juga digunakan bagi menarik minat kanak-kanak seterusnya dapat menanam nilai-nilai yang baik dalam diri kanak-kanak. Aspek pembangunan fizikal, mental emosi dan intelektual juga diterapkan dalam pendidikan awal kanak-kanak di PLK. Program ini melibatkan kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun. PLK beroperasi tiga kali seminggu iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu selama tiga jam iaitu bermula pada 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
Program PLK kebanyakannya diadakan di bangunan GPW, JKKR, Balairaya dan Bilik Bacaan Rancangan yang diubahsuai bersesuaian dengan pendidikan awal kanak-kanak. Tenaga pengajar atau lebih dikenali dengan nama penggalak pembaca terdiri daripada sukarelawan daripada kalangan isteri peneroka yang berminat dan berkebolehan. FELDA telah menyediakan peruntukan tahunan untuk membiayai elaun Penggalak Pembaca.
Selain itu, FELDA turut memastikan kemudahan luaran dan dalaman untuk keselesaan kanak-kanak diutamakan dengan memberi bantuan alat pembelajaran seperti bahan bacaan dan peralatan, alat permainan luar serta bantuan pembaikan bangunan PLK.
Jabatan kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai Tabika Kemas adalah lanjutan dari bahagian pelajaran dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "pembasmian buta Huruf. Bermula bulan julai ini, Pejabat Kemas daerah Temerloh telah mengadakan satu bengkel bagi ibubapa dan penjaga iaitu bengkel keibubapaan di seluruh parlimen Kuala Krau mengikut dun. di dalam bengkel ini terdapat pelbagai aktiviti yang membabitkan ibu bapa. ibu bapa di beri pencerahan dan taklimat berkenaan dengan cara pendidikan di rumah yang teratur dan berkualiti. ibu bapa di ajar menbuat aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan bersama-sama dengan anak-anak semasa di rumah bagi merangsang dan menarik minat anak-anak untuk bermain sambil belajar.
Pra Tahfiz Pasti darul ridzuan ini telah buka pada awal tahun 2018 di Felda Jenderak Utara. Sekolah Pra tahfiz ini mengutamakan pembelajaran pendidikan sosial islamiah dan juga akademik bagi pelajar yang berumur 5 dan 6 tahun. mempunyai 3 orang guru dan seorang pembantu kanak-kanak. pelajar terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 4 - 6 tahun. terdapat seramai 32 orang pelajar yang telah memasuki sekolah ini pada awal tahun 2019. pelajar-pelajar di ajar membaca, menulis dan bersolat.
Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara telah mengadakan jamuan hari raya aidilfitri pada 20hb Jun 2019. Semua pelajar memakai baju raya dan pelajar lelaki memakai songkok hitam berlilit putih dan pelajar perempuan di wajibkan bertudung hitam bagi menghormati kemangkatan armahum Sultan Ahmad Shah. pelajar-pelajar juga di bekalkan kuih raya oleh ibu bapa masing-masing untuk di bawa ke jamuan hari raya tersebut. pada 28hb Jun 2019, Jamuan hari raya Sar Kafa Felda Jenderak Utara telah di adakan dan pada 27hb Jun 2019 Jamuan Hari Raya Tabika Kemas Felda Jenderak Utara juga turut diadakan sempena bulan sawal ini. suasana raya masih segar dan mood raya jugak masih kuat.
Pra Tahfiz Pasti Darul Ridzuan Felda Jenderak Utara telah mengadakan satu Program hari keluarga dan sukaneka. program telah berjalan dengan baik dan jayanya. pelajar-pelajar dari Pra Sekolah Felda Jenderak Utara dan Tabika Kemas Felda Jenderak Utara telah di undang bagi bersama-sama di dalam melancarkan program sukan pada hari ini. dengan adanya program seperti ini akan dapat merapatkan lagi hubungan komuniti setempat. Pusat Internet Felda Jenderak Utara juga turut terlibat di dalam program ini. pihak Pusat Internet telah menjalankan cek kesihatan dan pertandingan mewarna kanak-kanak pra sekolah.
http://feldajenderakutara.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan?start=55#sigFreeId307b10c760