KMR adalah singkatan dari kefahaman melalui rekabentuk teknologi dan kehidupan lestari. Melalui projek KMR ini murid diberi ruang untuk menggunakan teknologi dan sumber bacaan untuk mencari maklumat. ia juga menerapkan pengetahuan baru dalam kehidupan seharian. selain itu, melalui projek KMR ini akan memberi peluang kepada murid untuk membentuk keyakinan diri dalam berinteraksi di hadapan orang ramai dan mampu menyampaikan maklumat dengan betul dan tepat. matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan murid yang berketrampilan dan berhemah tinggi selaras dengan program transfomasi sekolah 2025 (TS25) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.