covid-19 jumaat

Tahun 2020 merupakan satu tahun yang mencabar dan sangat luar biasa. Satu tahun sangat unik yang belum pernah kita lalui selama ini.

Namun, hidup perlu diteruskan. Kita TIDAK mampu untuk berkurung di rumah untuk tempoh lama. Ekonomi perlu digerakkan, kehidupan sosial perlu di sambung termasuk untuk bekerja dan bersekolah.

Masyarakat perlu bersedia dan menerima hakikat bahawa pandemik Covid-19 akan terus berlegar untuk tempoh 2 tahun, sehingga vaksin dan rawatan khusus di temui.
.

Dalam tempoh ini, 3 amalan ini perlu dijadikan rutin. Seperti mana rutin anda makan, minum dan tidur setiap hari.

1. Mempraktikkan amalan kebersihan diri dan tangan, iaitu kerap membasuh tangan dengan betul dengan air dan sabun, atau dengan hand sanitizer.

2. Menggunakan topeng muka.

3. Mengamalkan penjarakan sosial, sekurang-kurangnya menjaga jarak di antara kita satu meter daripada satu orang dengan orang yang lain.
.

3 Perkara ini pula perlu kita elakkan

● Elakkan berada di Kawasan yang sesak atau ramai orang (crowded area)

● Elakkan berada di dalam Kawasan yang tertutup (confine space)

● Elakkan bercakap pada jarak yang dekat (kurang dari satu meter) (close conversation)

.
Pesanan penting untuk bulan ramadhan dan syawal ini;

● Amatlah penting untuk kita tidak balik ke kampung untuk menyambut sebarang keramaian atau untuk berhari raya.

● Sayangilah warga emas, mereka berisiko tinggi sekiranya terdedah kepada covid-19.

● Jangan adakan rumah terbuka ketika hari raya tahun ini

● Jangan keluar rumah sekiranya tiada keperluan.

Kita mesti jaga kita.
Kita mesti jaga keluarga kita.
Kita mesti jaga masyarakat kita,
Kita mesti jaga negara kita.
Kita lah barisan hadapan yang sebenar.

Kredit: AP Dr Farizah Bt Mohd Hairi, Dr Zaki Hilmi
Infografik oleh PHM