KRT Felda Jenderak Utara telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan permasalahan dan keselamatan di dalam Rancangan. Semua AJK KRT telah dipanggil. seramai 14 orang telah menghadirkan diri. Antara agenda utama yang ditekankan adalah Penubuhan Skim Rondaan Sukarela di bawah KRT Felda Jenderak Utara telah mendapat kelulusan. selain itu mesyuarat telah membincangkan berkenaan pembukaan pendaftaran ahli SRS kepada orang ramai. turut dibincangkan juga adalah kawasan operasi rondaan, pos operasi dan jadual operasi.KRT akan fokus program-program untuk kebajikan masyarakat, Program tunas jiran untuk murid sekolah (kursus komputer murid tahun 5) bulan mac, Program tunas emas ( ceramah agama) pada bulan april, turut serta didalam penyediaan makan bagi more di bulan puasa dan mengadakan gotong-royong kubur dengan kerjasama MBFM. KRT sentiasa komited untuk memberi sokongan kepada seluruh agensi ataupun kepimpinan dalam Rancangan untuk turut serta didalam program yang dijemput. pengerusi KRT mencadangkan mengadakan pertanding bowling untuk AJK KRT pada bulan Mac ia bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara AJK.

Aktiviti kawat bulanan RELA akan di jalankan sekurang-kurangnya 1 bulan sekali. kawat ini terdiri dari ahli-ahli rela yang aktif di dalam kawasan DUN Jenderak. banyak aktiviti kemasyarakatan yang sering dijalankan oleh persatuan RELA ini bagi membantu masyarakat dari segi keselamatan amnya dan sosial.

 

Pasukan sukarelawan RELA telah dipanggil bagi menjaga keselamatan semasa program perarakan Maulidulrasul di sekitar jalan utama di dalam Rancangan Felda Jenderak Utara. RELA di tugaskan menjaga kelancaran lalu lintas di kawasan sepanjang peserta berarak bagi mengelakan berlakunya kemalangan dan perkara yang tidak di inginkan. seramai 367 orang peserta telah berjalan kaki sejauh 4 Km. 

Sepanjang bulan Oktober 2017 ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Temeloh telah menjalankan program Bakti Amal di kawasan-kawasan di dalam daerah temerloh amnya. pada 23hb Oktober 2017, jabatan Sukarelawan Malaysia Daerah Temerloh Telah membuat kerja-kerja mengecat tandas dan pagar Sek Agama Rakyat Felda Jenderak Utara (SAR KAFA). seramai 40 orang anggota rela telah turun padang untuk bersama-sama menjayakan program amal ini. PPJR Mohd Faris Bin Abu Bakar iaitu pegawai Rela Daerah Temerloh juga telah sama-sama turun padang bagi merialisasikan program tersebut.