Sepanjang bulan Oktober 2017 ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Temeloh telah menjalankan program Bakti Amal di kawasan-kawasan di dalam daerah temerloh amnya. pada 23hb Oktober 2017, jabatan Sukarelawan Malaysia Daerah Temerloh Telah membuat kerja-kerja mengecat tandas dan pagar Sek Agama Rakyat Felda Jenderak Utara (SAR KAFA). seramai 40 orang anggota rela telah turun padang untuk bersama-sama menjayakan program amal ini. PPJR Mohd Faris Bin Abu Bakar iaitu pegawai Rela Daerah Temerloh juga telah sama-sama turun padang bagi merialisasikan program tersebut.