KRT Felda Jenderak Utara telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan permasalahan dan keselamatan di dalam Rancangan. Semua AJK KRT telah dipanggil. seramai 14 orang telah menghadirkan diri. Antara agenda utama yang ditekankan adalah Penubuhan Skim Rondaan Sukarela di bawah KRT Felda Jenderak Utara telah mendapat kelulusan. selain itu mesyuarat telah membincangkan berkenaan pembukaan pendaftaran ahli SRS kepada orang ramai. turut dibincangkan juga adalah kawasan operasi rondaan, pos operasi dan jadual operasi.KRT akan fokus program-program untuk kebajikan masyarakat, Program tunas jiran untuk murid sekolah (kursus komputer murid tahun 5) bulan mac, Program tunas emas ( ceramah agama) pada bulan april, turut serta didalam penyediaan makan bagi more di bulan puasa dan mengadakan gotong-royong kubur dengan kerjasama MBFM. KRT sentiasa komited untuk memberi sokongan kepada seluruh agensi ataupun kepimpinan dalam Rancangan untuk turut serta didalam program yang dijemput. pengerusi KRT mencadangkan mengadakan pertanding bowling untuk AJK KRT pada bulan Mac ia bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara AJK.