Perintah kawalam pergerakan diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di Rancangan Felda Jenderak Utara bermula 19 ogos 2021 sehingga 01 september 2021. perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) ini laksanakan berikutan jumlah kes positive covid-19 yang semakin meningkat pada setiap hari. Saringan bersasar bagi penduduk Felda Jenderak Utara telah dijalankan pada 21 ogos 2021 di Wisma JKKR Felda Jenderak Utara bermula jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Kriteria samplingnya adalah Kontak rapat, bergejala, warga emas, ada co-morbid, sejarah ke HOSHAS dalam tempoh 14 hari. Arahan kuarantin @ HSO diberikan kepada individu yang diambil sampel. hebahan bergerak dan ACD turut dijalankan bagi memastikan SOP PKP dipatuhi dan kes dapat dikesan lebih awal.

 pkpd 2021 fju

Sekatan Tambahan BERKUAT KUASA 25 Mei - 7 Jun 2021

sekatan 1 sekatan sekatan2

sumber : Kementerian Pertahanan Malaysia

Perintah kawalan pergerakan peningkatan sasaran (PKPPS) / Temco telah dilaksanakan di Rancangan Felda Jenderak Utara pada 2 Februari 2021 bermula jam 4.00ptg. memandangkan seramai 91 orang kontak rapat telah di saring, dan terdapat 7 kes positif. Perintah kawalan ini telah dijalankan dengan serta merta bagi memantau dan memastikan kesumua yang telah di swab akan berada di dalam rumah masing-masing dan tidak berkeliaran. Askar, Polis dan rela telah di arahkan untuk bertugas menjaga pergerakan penduduk setempat bagi membendung penularan wabak covid-19 ini dari terus merebak. 

 

KESELAMATAN 2 KESELAMATAN
Seramai 2,582 anggota ATM bantu PDRM kuat kuasa SOP PKP di SJR.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula diatur gerak bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan rakyat mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM berkata seramai 2,582 anggota telah diaturgerakkan termasuk di Sabah dan Sarawak dalam melaksanakan tugas SJR dan Rondaan MPV.
Pembabitan tentera daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM akan bekerjasama membantu PDRM memantau dan memastikan orang awam mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) yang dikenakan di seluruh negara ketika ini.