Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘ProgramPertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.

 

Pelaksanaan program ini sudah berada di Fasa Pertama yang mana ianya berlangsung dari 1 September – 30 November 2016 serentak di seluruh Malaysia.

 

Program ini turut mendapat kerjasama dari komuniti pereka grafik terbesar di Malaysia “Grafik Malaya” (GM).

Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dilayari di pautan berikut: http://www.dakwahdigitalkdb.my

 

 

Penyertaan dari komuniti PI1M

 

Pihak MCMC juga menggalakkan penyertaan dari pengguna dan ahli PI1M dalam pertandingan ini bagi mencungkil bakat dan menzahirkan kreativi mereka.

 

Bagi kategori komuniti PI1M, penyertaan adalah terbuka kepada semua Ahli PI1M yang Berdaftar. walau bagaimanapun komuniti yang tidak berdaftar sebagai ahli PI1M turut berpeluang menyertai pertandingan ini dibawah kategori umum.