Perintah kawalan pergerakan peningkatan sasaran (PKPPS) / Temco telah dilaksanakan di Rancangan Felda Jenderak Utara pada 2 Februari 2021 bermula jam 4.00ptg. memandangkan seramai 91 orang kontak rapat telah di saring, dan terdapat 7 kes positif. Perintah kawalan ini telah dijalankan dengan serta merta bagi memantau dan memastikan kesumua yang telah di swab akan berada di dalam rumah masing-masing dan tidak berkeliaran. Askar, Polis dan rela telah di arahkan untuk bertugas menjaga pergerakan penduduk setempat bagi membendung penularan wabak covid-19 ini dari terus merebak.