Pengajaran dan Pembelajaran dirumah ( PDPR) di Pusat Internet Komuniti Felda Jenderak Utara

Tarikh

: 08 Februari 2021

Masa

: 09.00 pagi- 12.00 tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Felda Jenderak Utara

Peserta

: 5 orang


T
UJUAN

Pengajaran dan Pembelajaran di rumah ( PdPR) sebagai alternative pembelajaran norma baharu. Dilaksanakan dirumah atau  pusat komuniti atau dimana-mana lokasi yang bersesuaian.
 

AKTIVITI

PDPR dilaksanakan secara atas talian atau luar talian atau secara off-site. Terdapat capaian internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar secara real time. Guru melaksanakan PdPR melalui Cikgootube, Google Meet atau ePermainan ( gamification). Kaedah belajar lebih baik dengan visual, akustik atau kinestetik. Pembelajaran dalam talian memudahkan setiap pelajar untuk mengakses maklumat dengan cepat.PdPR bersifat fleksibel, mampu diakses bila-bila masa samaada melalui telefon pintar atau laptop/ desktop di rumah.Pendekatan yang baik agar pelajar dapat belajar dengan norma baharu.
zara 1 zara 2 zara 3
ADOBE ILLUSTRATOR (ASAS)

Tarikh

: 16 JAN 2021

Masa

: 10.00 pagi- 5.00 ptg

Lokasi

: Pusat Internet Felda Jenderak Utara

Peserta

: 1 orang


T
UJUAN

Kelas Adobe illustrator melalui kaedah penerangan, demontrasi dan latihan amali. kelas ini bertujuan bagi menambah ilmu pengetahuan dan memahirkan pelajar bagi menggunakan perisian adobe untuk menyiapkan asigment bagi seni lukis halus yang di ikuti secara online sepanjang musim PKP ini. 
 

AKTIVITI

 


Pelajar dapat mengembangkan kreativiti dalam menyunting gambar. selain itu juga pelajar dapat memahami cara-cara menggunakan perisian illustrator dan kerja-kerja penyuntingan. pelajar juga dapat mengmbangkan kemahiran meghasilkan lukisan yang sangat cantik dan berkualiti. dengan adanya capaian internet yang bekelajuan tinggi, perisian di dalam komputer yang sentiasa di update dan tempat yang sangat selesa erta sejuk membuatkan pelajar dapat menyiapkan semua kerja-kerja yang diberikan oleh pensyarah dapat dibuat dan di siapkan dengan mudah dan cepat.
 
ikwan 2 ikwan

TRUTH CAMPAIGN (KEBEBASAN BERSUARA BUKAN KEBEBASAN BERBOHONG)

Tarikh

: 04 November 2020 

Masa

: 09.30 pagi- 10.30 pagi

Lokasi

: Pusat Internet Felda Jenderak Utara

Peserta

: 5 orang


T
UJUAN

Memberi pengenalan kepada website MCMC. taklimat kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong, taklimat ini bertujuan memberi pendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang keburukan menyebarkan maklumat palsu dan tidak sahih.

 

AKTIVITI

Menerangkan berkenaan 5 garis panduan dalam menggunakan hak kebebasan bersuara iaitu bijak bila bercakap, bercakap benar, bijak menilai, luahkan pendapat berdasarkan fakta dan beri pandangan tampa menyebarkan kebencian. pelajar-pelajar juga menonton vedio-vedio kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. antara aktiviti lain yang telah dijalankan ialah muat naik maklumat truth campaing di dashboard komuniti.

 

BENGKEL USAHAWAN (SHOPPE)

Tarikh

: 05 November 2020 

Masa

: 10.00 pagi- 12.30 tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Felda Jenderak Utara

Peserta

: 2 orang


T
UJUAN

Membantu peniaga menggunakan internet sebagai platform untuk memasarkan produk ke seluruh negara. selain itu juga ia bertujuan untuk menyusun kewangan dari segi penjualan, pesanan dan update stok secara bersistematik dan terancang.

AKTIVITI

Membantu peniaga menggunakan internet sebagai platform berniaga dan meluaskan pasaran untuk menambah pendapatan selain itu juga mengajar usahawan dalam membuat laporan jualan bulanan ( Microsoft office word & excel). Usahawan juga diajar Menyusun invoice mengikut tarikh serta cara menambah produk jualan di shopee dan mencetak waybill untuk hantar barang ke pembeli.

KELAS POSTER USAHAWAN AIM
 

Tarikh

: 12 september 2020 

Masa

: 10.00 pagi- 12.30 tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Felda Jenderak Utara

Peserta

: 6 orang


T
UJUAN

Mengajar usahawan cara-cara untuk membuat poster dengan menggunakan aplikasi Canva.com secara asas. mewujudkan daya kreatif usahawan-usahwan. selain itu juga tujuan kelas ini di adakan adalah bagi membantu usahawan didalam mencipta poster dan risalah bagi produk perniagaan mereka. 

 

AKTIVITI

Pengenalan kepada aplikasi canva.com dan postermywall. usahawan diajar bagaimana untuk membina poster perniagaan bagi memudahkan lagi promosi perniagaan usahawan. mengajar usahawan mengedit gambar-gambar dan upload ke dalam aplikasi. mengajar cara mengunakan perisian canva seperti mereka poster, logo, cover novel/buku, kad-kad jemputan dan cara menggunakan layout yang sedia ada dengan betul. Usahawan dapat membezakan poster niaga, poster pendidikan, poster layanan masyarakat dan sebagainya.Usahawan juga dapat mempelajari bagaimana untuk mencipta poster komersial untuk mempromosikan sesuatu barangan.

kelas usahawan 1 kelas usahawan