ASAS KEUSAHAWANAN (E-PERNIAGAAN & SUNTINGAN IMEJ)

Tarikh

: 18 september 2016

Masa

: 9.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jenderak Utara

Peserta

: 17 Orang

 

TUJUAN

Memberi taklimat mengenai rancangan perniagaan, pemasaran yang digunakan di atas talian dan suntingan imej produk perniagaan.

 

AKTIVITI

Memberi taklimat mengenai e-perniagaan yang mana dapat membantu usahawan-usahawan dikalangan peserta untuk meluaskan lagi perniagaan. selain itu juga ia dapat menambahkan Ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat. Memberi pengetahuan mengenai pengurusan perniagaan dengan lebih teratur. Membantu peserta dalam membangunkan facebook page bagi mempromosikan produk yang dihasilkan. Ia juga dapat membantu peserta membuat suntingan imej produk untuk dipamerkan di facebook page usahawan.

Gambar Disini


 

MEWARNA ONLINE TABIKA KEMAS TEMERLOH (PUSPANITA) 

Tarikh

: 8 November 2016

Masa

: 8.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi

: Tabika Kemas Temerloh Pahang

Peserta

: 70 orang

 

TUJUAN

Program ini telah dihadiri oleh 6 orang guru tabika kemas dan pembantu Tabika Kemas serta 70 orang murid Tabika Kemas . Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan mengajar serta menarik minat kanak-kanak pra sekolah untuk belajar sekaligus menggunakan teknologi ICT.

 

AKTIVITI

Para pelajar diajar mengenai asas penggunaan computer seperti mouse dan keyboard. Petugas Pusat Internet 1 Malaysia mengajar kanak-kanak Tabika Kemas mewarna menggunakan aplikasi online.

 

Gambar Disini


 

PROGRAM DASHBOARD KOMUNITI (MYSOAL)BERSAMA PBT (PIHAK BERKUASA TEMPATAN)

Tarikh

: 18 oktober 2016

Masa

: 8.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi

: Dewan Majlis Perbandaran Temerloh Pahang

Peserta

: 35 orang

 

TUJUAN

Program ini diadakan bagi memperkenalkan dashboard komuniti kepada pihak berkuasa tempatan dan menggalakkan penglibatan pihak berkuasa tempatan dan pemimpin tempatan menyertai dashboard komuniti (mysoal) dalam usaha merapatkan jurang komunikasi antara agensi bersama penduduk setempat.

 

AKTIVITI

Memberi taklimat dashboard komuniti kepada agensi agensi yang terlibat (pihak berkuasa tempatan) dan Menambahkan Ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat. selain itu petugas memberi taklimat dashboard komuniti bagi membantu mendekatkan pengguna dengan pihak berkuasa tempatan untuk membuat aduan atau pertanyaan,membantu pihak berkuasa tempatan menyebarkan maklumat atau pengumuman penting kepada komuniti dibawah tadbir mereka.

Gambar Disini